FORUM-CARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala Liga Menteri Pelajaran

Go down

Piala Liga Menteri Pelajaran Empty Piala Liga Menteri Pelajaran

Post  bobhandburry Tue Jul 20, 2010 12:52 pm

Mutu bola sepak Malaysia, walaupun tidak setaraf dengan mutu bola sepak Eropah, tidak bermakna kita kalah dalam semangat kesukanan. Mutu bola sepak anak2 muda kita boleh di gilap dan di semai dengan adanya pelbagai perlawanan yang di anjurkan oleh pelbagai pihak. Saya memuji kesemua pemain yang mewakili setiap negeri dalam pertandingan Piala Liaga Menteri Pelajaran yang berlangsung tidak lama dahulu. Terdapat kategori bawah 14 tahun dan bawah 17 tahun. Jika anda sebagai abang dan akak kepada remaja ini, tidak kah anda berbangga kerana adik2 anda bangkit mengharumkan nama bola sepak tempatan dengan berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan? Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan Piala Liga Menteri Pelajaran ni, tetapi saya tetap berharap agar suatu masa nanti pendedahan lebih besar skalanya di buat dalam pelbagai bentuk medium lagi. Ini kerana bakat – bakat muda ini perlu di beri sokongan dari semua orang untuk mereka lebih semangat dan yakin ketika bermain. Mereka lah antara tonggak utama yang akan mengharumkn nama Malaysia apabila Norshahrul Idlan Talaha dan rakan – rakan nya sudah besara nanti. Kembali kepada Piala Liga Menteri Pelajaran, terengganu dan kedah akan berentap dalam final 25 Julai ini di stadium mini Jitra Kedah. Di harap kedua dua pihak dapat mempamerkan aksi terbaik dan pemain – pemain nya dapat terus konsisten dalam permainan bola sepak demi masa depan negara.

Sumber: http://www.malaysianpremierleague.com.my/2010/07/piala-liga-menteri-pelajaran/

bobhandburry
Newbie
Newbie

Posts : 5
Join date : 2010-07-19

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum